We Represent

PSFT's Memo


Friendly Matches during Training~

Date: 18 April 2009

Friendly Match with team @ next to MPH Berakas.

the pictures:







after the training sessions pictures:






they talked about pega's performance actually that time.

Date : 25 April 2009

Pega Star had two friendly matches with IL Team and Lambak Team.

the pictures:

Pega Star Futsal Team


IL Team


and sorry to Lambak Team, didn't take personally of your team's pictures.

the games:

Pega Star Vs. IL Team





Pega Star Vs. Team From Lambak





thanks for viewing people. .

another training~

Pada: 4.04.2009


the pictures:























QAF FC On SriLanka Mission



Ak Md Hanis Marzuki salah seorang pemain pega star futsal team pada masa ini berada di Sri Lanka bagi mengikuti kejohanan AFC Challenge Cup bagi pasukan Qaf FC dan juga wakil negara di kejohanan tersebut.ini ada lah peluang beliau bagi menambah lagi pengalaman beliau. di doakan semoga beliau bersama-sama pasukan Qaf FC berjaya dan dapat mengharumkan nama negara.

KEJOHANAN AMAL




SHAH UNITED JUARA DI KEJOHANAN FUTSAL AMAL BAGI TABUNG KEMANUSIAAN RAKYAT PALESTIN

Oleh Hasrulraizan




BANDAR SERI BEGAWAN, Ahad - Kemenangan 2-0 Shah United ke atas BIMP-EAGA '08 malam ini telah menganugerahkan gelaran "Juara" Kejohanan Futsal Amal Bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Negara Brunei Darussalam 2009 kepada pasukan berkenaan.

Jaringan Abdul Rahim Ismail di minit ke-4 separuh masa kedua dan disusuli dengan jaringan sendiri pertahanan BIMP-EAGA '08 seminit kemudian telah merubah rentak perlawanan kepada lebih agresif dan pantas berbanding babak pertama yang hambar sehinggakan kedua-dua penjaga gol hanya jadi pemerhati dan pelempar bola.

Satu-satunya saat mencemaskan di babak pertama ialah sepakan penalti yang diberikan kepada Shah United setelah salah seorang pemain mereka dijatuhkan penjaga gawang BIMP-EAGA '08 di dalam petak D, namun penjaga gawang BIMP-EAGA '08 menebus kesilapannya itu dengan menangkap kemas sepakan penalti itu.

Babak kedua bermula baik bagi BIMP-EAGA '08 dengan pemain jersi 8-nya membuat percubaan kencang dari luar petak D seawal minit pertama, namun berjaya di tepis oleh penjaga gawang Shah United.

Kedua-dua pasukan kemudiannya berbalas-balas serangan dan tiba-tiba Shah United di depan apabila sepakan kencang Abdul Rahim dari luar petak D lawan menggegar sudut atas kanan gawang BIMP-EAGA '08 apabila gagal ditepis oleh penjaga gawang BIMP-EAGA '08.

Menyedari ketinggalan BIMP-EAGA '08 menggandakan asakan pantas, namun penjaga gol Shah United terhidu peluang terbuka lalu melempar bola memasuki kawasan petak D BIMP-EAGA '08 yang cuba ditanduk "Pemain Terbaik Kejohanan", Abdul Muiz Shahrizan, namun tidak kesampaian.

Sebaliknya bola berkenaan berjaya ditanduk jersi 3 BIMP-EAGA '08 ke belakang bagi rakannya di pintu gagal tanpa beliau menyedari rakannya itu turut ke depan bagi menumbuk bola berkenaan, menyebabkan bola menerjah gawang BIMP-EAGA '08 yang terbuka luas.

Shah United boleh saja menambah jaringan mereka kepada 3 di minit ke-7 babak kedua itu, namun cubaan pemain jersi 11-nya setelah permainan satu-dua yang menarik di depan pintu gol BIMP-EAGA '08 terkena palang kiri gawang.

Muncul di tempat ketiga Kejohanan Futsal Amal itu ialah Star Madang setelah pasukan berkenaan menewaskan P.nat FC dengan jaringan 2-0 di perlawanan mencari tempat ketiga sebelum perlawanan peringkat akhir berkenaan.

Menyempurnakan penyampaian hadiah kepada juara, naib juara, tempat ketiga dan "Pemain Terbaik Kejohanan ialah Pemangku Timbalan Pengarah Belia dan Sukan, Haji Mohd Zamri Haji Hamdani.

Kejohanan Futsal Amal Bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Negara Brunei Darussalam 2009 itu telah berjaya mengumpul sejumlah $4,510 melalui penyertaan 45 pasukan dalam kejohanan yang bermula pada 17 Mac lalu.
 

Kin Fariz Blog Page | I, rz-dezign Blog Page