We Represent

PSFT's Memo


Kota Junior rangkul kejuaraan futsal

Oleh Hasrulraizan







BANDAR SERI BEGAWAN, 12 April - Kejohanan Futsal Pegastar FT berakhir Ahad lalu dengan kejuaraan menjadi milik Kota Junior selepas pasukan itu berjaya menewaskan Pegastar FT dengan jaringan 2-0 dalam perlawanan akhir.

Muncul tempat ketiga pula ialah Tutong Hotspurs, yang menang tipis 1-0 ke atas Black Meraup FT.

Kota Junior mara ke perlawanan akhir selepas menjinakkan Black Meraup FT 2-0 di perlawanan separuh akhir pertama, manakala Pegastar FT memastikan kelayakannya ke perlawanan akhir selepas mengalahkan Tutong Hotspurs 1-0 di perlawanan separuh akhir kedua.

Dengan kejayaannya itu, Kota Junior telah membawa pulang hadiah wang tunai $800 selaku juara, Pegastar FT pula $500 selaku naib juara, Tutong Hotspurs $300 selaku pemenang tempat ketiga dan Black Meraup FT $100 selaku pemenang tempat keempat.

Sejumlah 52 buah pasukan telah menyertai kejohanan dua hari yang telah bermula 3 April dan berakhir 10 April itu, dengan kesemua pasukan dibahagikan kepada 10 buah pasukan (A-J).

Daripada 52 buah pasukan itu, 20 buah pasukan telah melepasi peringkat kumpulan untuk mara ke pusingan kedua, yang kemudiannya dikurangkan kepada 16 pasukan, lapan pasukan, empat pasukan dan akhirnya dua pasukan sahaja melalui sistem kalah mati.
 

Kin Fariz Blog Page | I, rz-dezign Blog Page