We Represent

PSFT's Memo




Pegastar 'A' jaguh Bandar raya Miri
Oleh Airil




Bergambar ramai bersama trofi kemenangan.


BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Pasukan Pegastar "A" membawa nama negara untuk menjulang piala rebutan kejohanan Futsal Fatimah Sdn Bhd dikelolakan oleh Legalego FC di bandar raya Miri,Sarawak.

Sebelum Pegastar berjaya menjulang piala itu, mereka terpaksa berhadapan dengan cabaran sengit dari pasukan ibu kota negeri Kenyalang Basli FC sehingga memaksa mereka menentukan kemenangan melalui sepakan penalti.

Pada akhir babak kedua keputusan terikat 2 sama memaksa pasukan yang mewakili negara itu untuk bergelut di Stadium Tertutup Bandar raya Miri untuk menewaskan penjaga gol pasukan Basli FC.

Pasukan Pegastar "A" di wakili oleh Awangku Ruzaimi, Awangku Kamarulzaman, Khairul Anwar, Sallehudin, Ayu Radiman, Awangku Hafiz, Ajimie dan diketuai oleh Hardiman dan diiringi oleh pengurus pasukan berkenaan Pengiran Amirrulzam Pengiran Kamaludin.

Anak didik bekas pemain kebangsaan Nordin Tujuh itu turut menerima saingan hebat pada pusingan separuh akhir oleh pasukan tuan rumah Legalego FC namun semangat tinggi pasukan Pegastar itu akhirnya membuahkan hasil apabila mereka berjaya menembusi gawang lawan yang menjadikan jaringan tunggal di perlawanan itu.

Pengurus pasukan Pegastar, Pengiran Amirrulzam menjelaskan kira-kira 64 pasukan berentap di peringkat kumpulan yang dibahagikan kepada 15 kumpulan termasuk pasukan Pegastar "B"

Pada peringkat kalah mati di kejohanan itu pula turut melibatkan satu lagi pasukan jemputan dari Brunei iaitu Pasukan Creativol yang berjaya melangkah sehingga ke peringkat suku akhir.

"Ketibaan kami di Bandar raya Miri merupakan usaha yang berbaloi, dan Pegastar merasa bangga untuk membawa nama negara ke peringkat itu, dan ini membuktikan kebolehan anak tempatan kita di peringkat domestik, serantau dan antarabangsa," kata Pengiran Amirrulzam.

Beliau bangga melihat kemajuan sukan futsal di negara ini dan mengharapkan supaya kejohanan yang menjurus kepada peningkatan sukan itu diperbanyakkan di negara ini untuk memastikan pembangunannya dalam jangka masa panjang.

Pasukan Pegastar "A" membawa pulang hadiah berupa wang tunai RM3,000 serta Piala Rebutan dan Trofi Individu.

Pegastar champion FBSB tournament @miri,sarawak






 

Kin Fariz Blog Page | I, rz-dezign Blog Page