We Represent

PSFT's Memo


Pega Star, Mixed Star anjur futsal 7, 14 November

Oleh Hasrulraizan

BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa - Pihak pengurusan Pega Star FT dengan kerjasama Mixed Star FT akan menganjurkan kejohanan futsal pada 7 dan 14 November nanti di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Universiti Brunei Darussalam (UBD).

Mixed Star FT turut memaklumkan kepada semua pasukan yang mendaftar bagi menyertai Kejohanan Futsal anjuran Mixed Star FT yang dijadualkan berlangsung pada 24 Oktober ini dibatalkan atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan.

Kejohanan yang akan dilangsungkan di atas gelanggang bersaiz standard di Dewan Serbaguna Kompleks Sukan UBD itu hanya dibukakan kepada 50 pasukan saja berdasarkan "siapa cepat diutamakan".

Kejohanan yang akan dijalankan secara peringkat kumpulan pada pagi, petang dan malam 7 November serta pagi 14 November nanti, sebelum disambung ke peringkat kedua hingga akhir pada petang hingga malam 14 November itu menyediakan hadiah berupa piala, pingat dan wang tunai kepada tiga pasukan terbaik.

Setiap pasukan diberikan kelonggaran memilih tarikh perlawanan dan kumpulan mana yang ingin mereka daftarkan, dengan pihak penganjur turut menerapkan amalan "siapa awal diutamakan".

Bagi pasukan yang berminat menyertai Kejohanan Futsal Gabungan Pihak Pengurusan Pega Star FT dan Mixed Star FT berkenaan boleh mendapatkan borang dari Gills' Sports cawangan Kiulap, Maya Silk Emporium cawangan Tutong dan Asmin Enterprise cawangan Serusop.

Tarikh tutup penyertaan pukul 12 tengah hari 5 November nanti dengan bayaran pendaftaran $80. Untuk maklumat lanjut, mereka yang berminat boleh menghubungi pihak penganjur di talian 8893097, 7126552 atau 8889426



Click untuk image besar.



Click untuk image besar.
 

Kin Fariz Blog Page | I, rz-dezign Blog Page