We Represent

PSFT's Memo


Pega Star FT, Arbisyam clinch wins

 Pega Star (L) and Silveredz players in action at Multi Purpose Hall, Hassanal Bolkiah Sports Complex. BT/Md Asdeny Yakub





PEGA Star FT and Arbisyam overcame Silveredz and Shah United respectively in the Brunei Futsal League at Multipurpose Hall of the Hassanal Bolkiah National Sports Complex in Berakas last night. Pega Star FT crushed Silveredz 7-0 with goals from Ak Md Hanis Marzuki (first, 12th, 38th), Abdul Hadi (22nd) Md Ali Qadhrry (25th) and Md Dhiyaulhak (35th, 39th).

In the second match, Arbisyam beat Shah United 4-1 and the goalscorers were Abdul Badri Idzihar, Abd Mansor, Syazwan (37th) and Md Azri (36th). The competition continues on February 24 when Kota Junior will face Mixed Star FT and MS ABDB versus BSRC FT . Both matches will be held at the Multipurpose Hall of the Hassanal Bolkiah National Sports Complex in Berakas.
 

12 PASUKAN FUTSAL REBUT BND3,000

Oleh: Abu Bakar Haji Abdul Rahman
Friday, 30 January 2015


Pengiran Amirizal semasa memberikan taklimat kepada pengurus pengurus pasukan di NFABD house
pada mesyuarat tersebut. (Foto :  Abu Bakar Haji Abdul Rahman)



 BANDAR SERI BEGAWAN, Jumaat, 30 Januari. - Persatuan Bolasepak Kebangsaan Brunei Darussalam (NFABD) buat julung-julung kalinya akan menganjurkan Kejohanan Liga Futsal Brunei (BFL) 2015 yang bakal bermula 1 Februari 2015. Perlawanan tersebut akan bermula jam 8.00 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah (SNHB), Berakas. Kejohanan disertai oleh 12 buah pasukan dan akan berlangsung di dua ‘venue’, iaitu Dewan Serbaguna dan Stadium Tertutup, Kompleks SNHB, Berakas. Perkara tersebut dinyatakan oleh Naib Pengerusi BPL 2015, Pengiran Mohd. Amirrizal bin Pengiran Mahmud pada Mesyuarat Bersama Pengurus-Pengurus Pasukan di NFABD House, Jalan Pusat Persidangan, di sini. Pasukan yang akan mengambil bahagian terdiri dari Majlis Sukan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (MS ABDB), Majlis Sukan Polis Diraja Brunei (MS PDB), Brunei Shell Recreation Club (BSRC) FT, Persatuan Bola Sepak Daerah Belait (PBDB) FT, Syah Kampung, Arbisyam FC, Shah United FC, Kota Junior, Rizfiz FT, Pegastar FT, Mixed Star FT dan Street United FT. Juara kejohanan akan menerima hadiah wang tunai BND3,000 berserta piala rebutan, piala iringan dan pingat, sementara naib juara bakal membawa pulang wang tunai BND2,000, piala iringan dan pingat dan tempat ketiga akan menerima wang tunai BND1,000, piala iringan dan pingat. Turut hadir pada taklimat tersebut ialah Setiausaha BFL 2015, Haji Hamidon bin Haji Mohd. Zin. Antara perkara yang dibangkitkan dalam perjumpaan tersebut termasuklah kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan perlawanan yang patut dipatuhi oleh setiap pasukan selain mengenalkan warna jersi pasukan masing-masing.

SEBAHAGIAN daripada wakil pengurus pengurus pasukan semasa menghadiri mesyuarat pengurus pasukan liga futsal brunei 2015
untuk menerima penerangan sebelum bermulanya liga tersebut pada Ahad ini. (Foto : Abu Bakar Haji Abdul Rahman)


 Kejohanan tersebut dihasratkan untuk menyediakan satu ‘platform’ untuk menampilkan dan membangun pemain-pemain futsal yang berbakat selain untuk mencari pemain yang berpotensi untuk diserapkan bagi Pasukan Kebangsaan. Selain itu, ia juga merupakan projek berterusan jangka panjang untuk membantu mempopularkan futsal selain menyediakan kelab futsal di seluruh negara, peluang untuk menjadi aktif dalam latihan dan bersaing secara teratur untuk mencapai kecemerlangan.

 
 

Kin Fariz Blog Page | I, rz-dezign Blog Page