We Represent

PSFT's Memo


Pega 'A' Glory's Last Night

Pada: 18 March 2009
Tempat: Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah
Kejohanan: Kejohanan Futsal Amal 2009 kelolaan FFBD.

Pembuka tirai tahun ini Pega Star Futsal Team futsal team mengikuti Kejohanan Futsal Amal Bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Negara Brunei Darussalam 2009.Sebanyak 45 pasukan menyertai kejohanan amal tersebut.Pihak Management PSFT telah menghantar 2 pasukan (PEGASTAR 'A' & PEGASTAR 'B') untuk mewakili pegastar futsal team bagi kejohanan tersebut sambil beramal.Semalam adalah perlawanan bagi group B, Pegastar A bersama-sama dengan 3 lagi pasukan yang lain iaitu Santos,Maestro dan Jabatan Belia Sukan (JBS),sebanyak 4 pasukan beraksi semalam dari kumpulan B ,hanya 1 pasukan sahaja yang masuk ke peringkat seterusnya bagi mewakili group B,
Di bawah ini adalah petikan MEDIA PERMATA 19 MAC 2009:




BIMP-EAGA '08, PEGA STAR 'A' ke pusingan kedua
Oleh Hasrulraizan


BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu - BIMP-EAGA '08 dan Pega Star 'A' merupakan dua pasukan pertama yang berjaya layak ke pusingan kedua Kejohanan Futsal Amal Bagi Tabung Kemanusiaan Rakyat Palestin Negara Brunei Darussalam 2009 setelah muncul juara dalam Kumpulan A dan Kumpulan B.

Dalam persaingan Kumpulan B malam ini, Pega Star 'A' memastikan kelayakan mereka di akhir perlawanan dengan menewaskan Santos 3-0 bagi membolehkan mereka layak melalui kelebihan perbezaan gol setelah berkongsi 7 mata dengan JBS.

Pega Star 'A' yang seri 1-1 dengan JBS di perlawanan pertama menyebabkan kedua-dua pasukan mengakhiri persaingan dengan dua kemenangan dan satu seri, namun Pega Star 'A' berjaya menjaringkan 10 gol dan bolos 2, sedang JBS menjaringkan 6 gol dan bolos 1.

Di dalam perebutan slot ke pusingan kedua dalam Kumpulan A malam kelmarin, pertembungan RH 1 dengan BIMP-EAGA '08 di perlawanan terakhir kumpulan merupakan penentuan selepas kedua-dua pasukan mencatat dua kemenangan sebelum pertembungan sengit itu.

Perlawanan berkenaan berakhir dengan BIMP-EAGA '08 menang tipis 1-0, namun sudah cukup bagi mereka melangkahkan kaki ke pusingan seterusnya dengan 9 mata, meninggalkan RH 1 di tempat kedua dengan 6 mata, AO FC 3 mata dan Naza FC tanpa memungut sebarang mata.

Kejohanan Futsal Amal yang dilangsungkan di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah itu akan diteruskan lagi pada 20 Mac ini dengan perlawanan dalam Kumpulan C di sebelah petang dan Kumpulan D di sebelah malamnya.

Pasukan-pasukan Kumpulan C ialah Dragon Team, LSCB 'B', Star Madang, Falee 4D FC dan Shah United FC, manakala Kumpulan D ialah Futsalistik, P.nat FC, PJJ FC, DBP FC dan TBR FC.


Here are the last night pictures:

















Buat pemain-pemain Pegastar 'A' tahniah diatas kemenangan kamu malam semalam dan syabas.persiapkan diri untuk 29 March 2009 kamu buat sebaik mungkin untuk pusingan kedua nanti. buat pemain-pemain Pegastar 'B' good luck for the saturday night coming match ok wish pegastar 'B" ikut jejak pegastar 'A' insyallah....amin!! tingkatkan Usaha,kerjasama dalam berpasukan dan banyakkan latihan, kunci utama untuk menuju kejayaan...all the best

No comments:

 

Kin Fariz Blog Page | I, rz-dezign Blog Page